Ali Puteh Akui Stress! 2 Tahun Tiada ‘JOB’- “Mungkin Ini BaIasan Allah Terhadap D0sa Saya…”

Kemelut dengan balu Allahyrham Abam iaitu Nur Hidayah ternyata memberi kesan besar kepada pelawak Ali Puteh yang hanya menerima satu tawaran sahaja program TV dalam tempoh dua tahun sejak tahun 2020.

Memetik Harian Metro, Ali berkata tawaran itu diterima pada Ramadan lalu untuk program mengaji dia perlu membaca beberapa surah Al-Quran menerusi panggilan video dengan bayaran diterima sebanyak RM300.

“Itu saja tawaran diterima dalam temp0h itu. Saya dapat token bayaran sebanyak RM300,” katanya.

Ali berkata lagi, sepanjang tempoh tersebut dia menggunakan wang simpanan dan berjimat cermat untuk meneruskan kehidupan.

“Dua tahun lebih tak ada ‘job’ (tawaran kerja). Untuk program Muzikal Lawak Superstar dan Maharaja Lawak Mega di Astro itu lain sebab komun1ti pelawak kecil. Tapi, untuk tawaran lain seperti lakonan, pengacaraan dan sebagainya, memang tak ada langsung.

“Dua tahun saya gunakan duit yang saya ada untuk bertahan dan kami berjimat cermat. Saya ada isteri dan anak yang perlu dibesarkan dan setakat ini, masih diberikan kelengkapan yang mencukupi bagi membesarkan mereka,” katanya.

Pernah bekerja sebagai pengaw4l keselamatan, Ali turut mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 menerusi pengeluaran khas untuk dijadikan modal perniagaan.

“Saya jadikan modal untuk perniagaan daging. Kalau nak diikutkan, jumlah RM10,000 itu tidak mencukupi, namun, saya buat ikut kemampuan saya.

“Kali terakhir saya mencarum adalah pada 2009 ketika saya masih bertugas sebagai pengawal keselamatan suatu ketika dahulu,” katanya.

Berkongsi lanjut, Ali meluahkan rasa syukur sudah pun menerima tawaran berlakon dalam drama sitkom Lot 69 yang akan ditayangkan pada Jun ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : ROTIKAYA

Be the first to comment on "Ali Puteh Akui Stress! 2 Tahun Tiada ‘JOB’- “Mungkin Ini BaIasan Allah Terhadap D0sa Saya…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*