Bakal Timang ‘Baby Girl’, Jom Tengok Gambar Sekitar Majlis ‘Baby Shower’ Elisya Sandha & Suami

Pelakon Elisya Sandha teruja dan bersyukur apabila mendedhkan dia bakal melahirkan bayi perempuan dan dijangka bersalin 16 Jun depan.

Elisya, 23, atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan berkata, sepanjang tempoh kehamilan dia mempersiapkan diri dengan membaca buku mengenai keibubapaan dan penyusuan ibu.

“Kalau boleh nak bersalin normal, tapi kalau ditakdirkan kena menjalani proses pembedhan saya tak kisah. Apa yang penting bayi keluar dengan selamat.

“Sekarang ini usia kandungan sudah mencecah 36 minggu. Dari segi persediaan dan keb1mbangan sebagai ibu muda, sebenarnya saya dan suami ‘go with flow’ saja. Untuk anak pertama memang tak nak merancang.

“Persiapan saya banyak baca buku, macam mana nak menjadi ibu bapa, macam mana nak susukan anak. Sebab ini pengalaman pertama, jadi tak tahu apa-apa. Banyak kena belajar,” katanya.

Terdahulu Elisya dan suami, Uzair Haqimy, 26, mengadakan majlis ‘baby shower’ sekaligus berkongsi jantina bayi dalam kandungan.

Sementara itu, Haq yang juga anak kepada pelakon dan penerbit Sheila Rusly menambah, dia sudah bersedia menjadi bapa selain berasa gement4r.

“Perasaan sekarang adalah gement4r sikit sebab saya tahu situasi yang bakal dilalui isteri, bertarng nyawa dan akan banyak dar4h.

“Bapa saya sendiri pun sudah pesan kena ada di sisi isteri ketika dia bersalin. Sebab dia cakap, kalau ada niat burvk saya kena ingat semula peng0rbanan isteri bertarvng nyawa ketika bersalin. Dalam masa sama saya sudah bersedia menjadi bapa,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures)

Untuk info, Elisya dan Haq berkahwin pada 21 Ogos tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment on "Bakal Timang ‘Baby Girl’, Jom Tengok Gambar Sekitar Majlis ‘Baby Shower’ Elisya Sandha & Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*