“Dia Ada Kerja Je, Sedih” – Mira Filzah Seronok Pantang, Tiap Hari Belajar Benda Baru!

Buah hati kesayangan ramai, Mira Filzah yang kini sedang berpantang mengakui momen berpantangnya adalah hari-hari yang banyak membuatkan dirinya belajar tentang banyak perkara. Lebih-lebih lagi mengenal bayinya dan menguruskan semua perkara.

Melalui Insta Storynya, Mira tampil menjawab pelbagai persoalan peminatnya yang bertanyakan pelbagai persoalan ketika berpantang.

Salah satu jawapan yang dikongsikan Mira, dia gembira kerana melalui momen berpantang dengan baik dan tenang malah belajar banyak perkara baru setiap hari.

“Alhamdulilah. Everyday is learning day,” tulis Mira ringkas.

Walaupun kata Mira, ada waktunya mood dan emosinya cepat berubah lebih-lebih lagi bila suami tidak ada di sisi.

“Mood swing tak? Emotional je. Clingy dengan @wanemirastar. Dia ada kerja je, sedih. Adududu. Apa lah,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu kata Mira, dia juga tidak mengamalkan sebarang jamu namun mengamalkan pemakanan sihat dan sumplemen yang disyorkan oleh pihak hospital padanya.

Tidak hanya menjawab pelbagai persoalan peminat, Mira juga tidak lokek berkongsi menu berpantangnya yang cukup enak. Nampak sedap!

Ketika ditanya apa amalan yang dilakukan Mira ketika mengandung dan bersalin, kongsi Mira, dia hanya memperbanyakkan bacaan serta sentiasa berdoa untuk dipermudahkan kelahiran.

“Tak ada specific. Mira baca je semua. Mana yang orang share, mana yang terkeluar dekat explore, mana yang kita Google.

“Mira banyak berdoa dalam bahasa Melayu, permintaan dan hajat semua dalam bahasa Melayu. Mana-mana pun boleh okay. Asalkan apa-apa doa kita baca tu cuba fahamkan maksudnya jugalah,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Mira selamat bersalin anak pertamanya pada 10 Mei lalu dan kini sedang berpantang. Mira dan suami memilih nama Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar untuk putera tercintanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Majalah Pa Ma

Be the first to comment on "“Dia Ada Kerja Je, Sedih” – Mira Filzah Seronok Pantang, Tiap Hari Belajar Benda Baru!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*