“Kulit Putih Merah.. Cutenya Aria.”- Wajah Anak Elfira Loy Raih Perhatian, Copy Paste Ayah Ni!

Setiap pasangan yang menimang cahaya mata sudah pasti akan merasai detik kebahgiaan. Sama seperti pelakon Elfira Loy, baru bari ini telah menimang cahaya mata perempuan yang begitu comel sekali. Nur Aria Mikayla, nama yang cukup indah dipilih oleh Elfira Loy dan suaminya, Muhamad Faris untuk bayi perempuan mereka.

Malah pasangan ini turut membuka sebuah akaun Instagram untuk anak perempuan mereka.

Belum sebulan usianya, adik kepada Muhamad Rayyan kini sudah kelihatan semakin chubby terutama di bahagian pipinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @elfiraloy

Apa tidaknya, akui Elfira Loy, anak keduanya ini kuat menyusu berbanding anak sulungnya. Bukan tu je, kulitnya yang putih merah membuatkan dia kelihatan semakin comel.

Menerusi laman instagram tersebut juga, Elfira turut berkongsi beberapa tip termasuklah penjagaan bayi dan pakaian.

Kata Elfira, untuk mengurangkan bayi meragam, selepas diberikan susu, bayi ditukarkan lampin supaya selesa dan dapat tidur lebih lama.

Untuk rekod, Aria dilahirkan pada 20 Mei lalu di Andorra Women and Children Hospital.

BismillahiMashaAllah ,On May 20th , we were blessed with the arrival of our baby princess .

Assalamualikum ya Nur Aria Mikayla Muhamad Faris✨

Doa adalah penguat setiap harapan.

Doakan puteri kami menjadi antara pemudi solehah yang diberikan kerahmatan berpanjangan , kasih sayang yang tidak henti , tidak putus rezeki didunia & diakhiratnya lagi dihiasi dengan kilauan kebaikan budi dan ketinggian pekerti.

Dalam perkongsian menerusi instagramnya,  Elfira turut memuatnaik gelagat anak sulungnya usai bergelar abang.

Day 10 Berpantang 😅 .

weekdays memang agak nervous sebab semua kerja , tok mama pulak keluar sekejap ambik bibik & my CL tengah prepare untuk sauna , bertungku semua. Tinggallah me with these two babies.

time ni lah tetiba nak shower pulak 😅.

Rata-rata netizen juga turut memuji wajah comel dan mendokan semoga Aria Mikayla menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :IG elfiraloy

 

Be the first to comment on "“Kulit Putih Merah.. Cutenya Aria.”- Wajah Anak Elfira Loy Raih Perhatian, Copy Paste Ayah Ni!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*