Yusuf Ke Ni? – Semakin Dewasa, Hanis Zalikha Sampai Tak Kenal Anak Sendiri

Bagaikan tidak percaya apabila melihat anak-anak makin membesar dengan begitu cerdik. Masa yang berlalu umpama tidak terasa apabila banyak menghabiskan waktu yang begitu bermakna dengan anak-anak tersayang.

Sama seperti pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-6 anak lelakinya.

Satu hantaran di Instagram milik Hanis Zalikha menarik perhatian netizen apabila dia memuat naik gambar anaknya yang sulung, Yusuf dengan beberapa ucapan kepadanya.

Sambut Hari Lahir Anak Sulung

 

Dalam hantaran tersebut, kelihatan Hanis Zalikha memuat naik gambar Yusuf bersama sebiji kek dengan ucapan Selamat Hari Lahir kepada anaknya itu.

Anak Sudah Dewasa

Menurut Hanis Zalikha, dia menyatakan bahawa anaknya itu kelihatan sudah nampak dewasa. Dia juga turut menceritakan bagaimana anaknya merasa bertanggungjawab apabila anaknya itu terpaksa bersarapan dalam keadaan laju supaya tidak terlambat menghadiri kelas catur.

Bukan itu sahaja, Yusuf juga turut keluar semula dari kereta sebelum pergi ke kelas untuk memastikan bahawa dia tidak tertinggal peralatan sekolah.

Yusuf ke Ni?

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

via Instagram Hanis Zalikha

Melihat kepada perubahan yang terjadi pada Yusuf, Hanis Zalikha seolah-olah tidak mempercayai bahawa anaknya ini semakin dewasa dan mempunyai rasa betanggungjawab

Tambahnya lagi, dia turut mengiyakan bahawa benar apa yang diperkatakan oleh orang, pertumbuhan anak-anak ini akan mengikut ‘pace’ anak itu sendiri. Dan melihat kepada Yusuf, anaknya ini kelihatan lebih bertanggungjawab.

Rata-rata netizen tidak ketinggalan mengucapkan selamat hari lahir dan semoga Yusuf menjadi anak yang soleh buat kedua ibu-bapanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : MuraiMy

Be the first to comment on "Yusuf Ke Ni? – Semakin Dewasa, Hanis Zalikha Sampai Tak Kenal Anak Sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*