“Kekayaan Makin Terserlah..” – Anak Datuk K Berguru Dengan Sc4mmer? Asyraf Khalid Jelaskan Kebenaran

Usahawan yang juga anak tiri penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid mendedhkan dia banyak kali mendengar hal tidak berasas melibatkan Datuk Wira Dr Azizan Osman sepanjang tiga tahun meminta tunjuk ajar.

Bagi Asyraf, Dr Azizan disifatkan sebagai seorang guru atau mentor yang banyak memberi ilmu dalam  dunia perniagaan yang diceburi.

”Biar betul anak Datuk K berguru dengan scamm3r? Ayat ini adalah yang banyak kali saya dengar sepanjang tiga tahun berguru dengan Dato Wira Dr Azizan Osman (Doc).

”Yes Doc adalah guru dan mentor saya dalam dunia perniagaan. Tapi apa yang orang cakap pasal Doc, banyak yang tak betul.

”Jadi saya rasa sebagai salah seorang usahawan yang beliau bimbing dan tranformasi, saya perlu perjelaskan perkara ini.

“Doc sebenarnya adalah seorang jurulatih bisnes yang dah bantu banyak perusahaan kecil & sederhana (PKS) di Malaysia untuk capai jualan dalam jutaan ringgit,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram hari ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Asyraf Khalid™ (@asyrafkhalid)

Asyraf antara lain menambah, dia bersama isteri Tya Arifin juga merupakan salah seorang ‘Titan Premier’ yang membawa jenama Mutyara.

“Both saya dan isteri dah belajar dengan Doc selama 3 tahun terakhir. Alhamdullillah, business kita juga berjaya untuk grow dah sustain dalam keadaan ekonomi yang mencabar, asbab guidance dari Doc yang sentiasa menyediakan kita untuk hadapi apa-apa situasi.

“Asbab bimbingan dari Doc yang sentiasa menyediakan kami untuk hadapi apa-apa situasi, kami dapat jadi seperti yang anda lihat hari ini.

“Antara jenama lain yang Doc bimbing yang juga merupakan ‘classmates’ saya seperti Sabella, Noir, PTTI, Faith Fluer, Eskayvie, Andalusia, Hasnuri, Nurraysa dan banyak lagi,” tulisnya lagi.

Asyraf memberitahu, antara pencapaian yang dilihat beliau sangat ‘power’ untuk PKS adalah Sabella yang berjaya buat jualan lebih dari RM100 juta untuk 2 tahun berturut-turut & Eskayvie yang sehingga Mei lalu saja dah mencapai lebih dari RM100 juta.

“Banyak lagi jenama lain atau pengasas yang sebenarnya asal dari zero yang Doc sudah bimbing sehingga menjadi terkenal malah ada juga bisnes yang dah lama, tapi stuck sebelum transformasi bahkan grow apabila belajar bersama Doc.

“Bagi saya bisnes ini memang tak mudah, tapi saya bersyukur Doc sentiasa ada untuk bantu capai apa yang saya nak capai. Jujurnya, saya ni adalah seorang anak murid yang tak bagus, tapi Doc tak pernah putus asa dan buat macam-macam proses untuk pastikan saya menjadi orang lebih baik malah pemimpin yang bagus.

“Hasil bimbingan Doc, saya rasa dunia sudah banyak berubah. Hari ini, hubungan saya dengan Allah, mak ayah, isteri, anak-anak & orang sekeliling adalah jauh lebih baik dari dulu. Perniagaan kita juga alhamdullillah, semakin dikenali dan dipercayai ramai orang,” katanya.

Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan usahawan tersebut dan mendoakan semoga terus maju jaya di dalam dunia bisnes.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment on "“Kekayaan Makin Terserlah..” – Anak Datuk K Berguru Dengan Sc4mmer? Asyraf Khalid Jelaskan Kebenaran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*