Bakal nikah lagi! Azri Iskandar dedah siapa bakal isterinya “Ada PhD, bukan calang2 orang”

BELUM pun sebulan bercer4i, pelakon Azri Iskandar mengesahkan bakal kembali berumah tangga dengan seorang penulis skrip bernama Dr Azra Diera.

Azri, 54, memberitahu dia akan menghantar rombongan meminang wanita berkenaan dalam masa terdekat.

“Saya belum ada lagi tarikh kahwin, mungkin dalam masa dua minggu ini saya akan ke Perlis jumpa keluarga perempuan untuk merisik,

“Saya nak bincang dengan keluarga Azra untuk percepatkan perkahwinan, kalau boleh bulan ini,” ujarnya kepada mStar.

Saya dah tua tak reti nak bercinta-cinta, kalau dah jumpa seseorang saya nak terus kahwin

AZRI ISKANDAR

PELAKON

Berkongsi perkenalan dengan Azra, 43, Azri berkata, dia mengenali wanita itu 12 hari selepas bercer4i dengan Ellie Suriaty.

Pelakon Sabarlah Duhai Hati itu berkata, dia jatuh hati dengan Azra yang juga seorang penulis skrip ketika pertemuan pertama.

“Saya jumpa Azra selepas 12 hari bercer4i dengan Ellie, itu pun sebab satu projek drama RTM, kemudian saya hubungi Azra untuk bertanya lanjut mengenai skrip drama itu.

“Daripada situ saya terus tertarik melihatnya dan berterus terang. Rupanya dia juga sukakan saya, kami rancang untuk berkahwin kerana masing-masing dah berusia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azri menegaskan hubungannya dengan Azra bukanlah punca rumah tangganya musnah.

Azri Iskandar sudah terbuka hati kahwin lagi selepas bercer4i dengan Ellie.

Tambahnya, dia membuat keputusan untuk berkahwin berikutan tidak mahu membuang masa dan usia yang semakin meningkat.

“Saya nak move on dan tak nak buang masa sebab dah jumpa orang sesuai, tapi perkahwinan ini bukan punca saya bercer4i dengan Ellie.

“Saya dah tua tak reti nak bercinta-cinta, kalau dah jumpa seseorang saya nak terus kahwin,” ujarnya.

Untuk rekod, Azri bercer4i dengan pengarah dan pelakon Ellie Suriati Omar pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Bakal nikah lagi! Azri Iskandar dedah siapa bakal isterinya “Ada PhD, bukan calang2 orang”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*