“Jika Di Set Baru Nak Hafal Skrip, Pastikan Jangan Sampai Saya Nampak,” – Liyana Jasmay

Pernah berhadapan pengalaman dengan segelintir pelakon baharu, pelakon dan penerbit, Liyana Jasmay mengharapkan pelapis generasi akan terus belajar.

Ia perlu demi memberikan kualiti lakonan terbaik selain tidak bersikap sambil lewa dalam melakukan kerja mereka.

Mengulas lanjut mengenai hal itu, Liyana, 34, turut mendedahkan pihak produksi ketika ini agak sukar untuk menemui pelakon baharu yang benar-benar mampu menjiwai skrip dan watak dengan baik.

“Ada yang tidak hafal skrip. Saya rasa, sikap sebegitu akan mencabar kesabaran sesiapa pun. Saya pula cepat melenting.

“Jika di set baru nak hafal skrip, pastikan jangan sampai saya nampak,” katanya.

Selain bergelar penerbit, Liyana yang juga turut pernah mengarah berkata sehingga ke hari ini, pada pandangannya dia tidak dapat lagi ‘menjumpai’ pelakon seperti Scha Alyahya dan Lisa Surihani.

“Sebagai pengarah, saya akui agak sukar untuk cari pelakon berbakat seperti Scha Alyahya, mahupun Lisa Surihani sekarang.

“Saya akan push newbies yang dilihat boleh jadi bintang. Saya bersedia untuk bantu mereka jauh ke depan sekiranya nampak ada usaha di situ.

“Saya yakin, sekiranya muka-muka baru ini tak main-main ketika bekerja, mereka boleh belajar ilmu lakonan dengan cepat.

“Sebenarnya wajah mereka yang berbakat inilah wajar diberikan banyak peluang untuk mewarnai industri dan berada di muka hadapan akhbar mahupun sesuatu artikel penulisan,” katanya lagi.

Dalam perkembangan terbaharu, Liyana muncul menerusi drama, Histeria The Series yang ditayangkan setiap hari Isnin, jam 9.00 malam di saluran Astro Citra, saluran 108 atau strim di platform Astro GO atau On Demand.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment on "“Jika Di Set Baru Nak Hafal Skrip, Pastikan Jangan Sampai Saya Nampak,” – Liyana Jasmay"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*