Noraniza Idris T0lak Gelaran “Datuk”, Ini sebabnya!

Ratu Etnik Kreatif dan Irama Malaysia, Noraniza Idris meng4ku tidak bersedia sekiranya ada pihak yang tampil menganugerahkan gelaran Datuk kepadanya.

Kata penyanyi yang mesra disapa sebagai Kak Ani itu, seboleh-bolehnya dia men0lak kerana dirinya masih belum betul-betul berjaya.

“Ada tawaran dari orang tengah. Tapi saya t0lak. Saya tak bersedia, memang tak boleh.

“Saya bukanlah orang yang betul-betul berjaya. Kalau besar sumbangan saya, tidak mengapa.

“Saya segan nak pikul gelaran itu. Saya bukan jutawan yang mampu tolong orang lain. Jadi, tak payah susah-susah,” katanya.

Noraniza berkata demikian ketika ditemui pada majlis Majlis Pelancaran Skim Rumahku Syurgaku dan Pelantikan Duta Pelancongan Seni dan Budaya anjuran MRF Consultant Sdn Bhd di ibu kota.

Penyanyi lagu Hatinya Tak Tahan itu pada majlis tersebut menjadi satu-satunya artis yang dilantik sebagai duta berkenaan.

Dalam pada itu, bercerita tentang konsert terakhirnya, Malai Solo pada Oktober depan, Noraniza memberitahu persediaan sudah mula dilakukan.

“Mesyuarat sudah dibuat. Kru produksi juga sudah ada. Senarai lagu pun sama. Cuma akan dipilih semula oleh pengarah muzik.

“Saya nak buat yang terbaik. Ini adalah konsert terakhir saya. Ia melibatkan kos yang sangat tinggi,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, Noraniza juga memaklumkan bahawa dia perlu menjaga stamina selain menurunkan berat badan untuk beraksi pada konsert itu nanti.

“Anak-anak tawarkan RM10,000 dengan syarat saya kurangkan berat sebanyak 20 kilogram (kg).

“Tempoh mereka berikan sehingga September. Saya boleh buat. Satu bulan hilang lima kg, boleh,” katanya berseloroh.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Utusan Malaysia

Be the first to comment on "Noraniza Idris T0lak Gelaran “Datuk”, Ini sebabnya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*