“Kami Nak Nikah Dulu, Majlis Kemudian…”- Belum Sebulan Cera1, Azri Iskandar Umum Bakal Nikah Bulan Ini!

Baru saja berpisah dengan pelakon dan pengarah Ellie Suriaty, nampaknya pelakon Azri Iskandar sudah mengorak langkah untuk mencari pengganti sebagai pasagan hidupnya yang baru.

Azri Iskandar telah mengeshkan bahawa dia akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat, tak lama saja lagi.

Individu yang bakal menjadi isterinya merupakan orang dalam industri juga bernama Azra Diera.

Wanita berkenaan lebih mesra disapa dengan nama Ara dan merupakan seorang penulis skrip serta turut mempunyai pelajaran yang hebat iaitu miliki PhD dalam jurusan muzik.

Azri Iskandar dan family akan hantar rombongan untuk merisik dan meminang Azra Diera atau Ara pada bulan Jun ini juga, dalam masa dua tiga minggu ini.

Tentang Ara, dia juga pernah berkahwin dan telah berpisah dengan bekas suaminya.

“Kalau tak ada aral melntang, kami akan nikah dulu. Majlis perkahwinan pula akan dibuat kemudian di masa yang terdekat juga.”

Jelas Azri, majlis persandingan terpaksa ditvnda dulu, sebab dia mempunyai kerja dan jadualnya agak padat ketika ini.

“Ketika ini saya masih jalani penggambaran untuk drama berjudul Kau Tak Punyai Hati, yang diarahkan oleh Azmi Hatta terbitan TV3. Kalau ikutkan jadual sampai 2 Ogos depan.”

“Memang masa yang ada agak terhad untuk uruskan semua persiapan. Apapun, doakan yang baik-baik untuk kami berdua. Saya akan umumkan dengan lebih detail termasuk tarikhnya nanti.”

Azri Iskandar mengesahkan dan membuat kenyataan berkenaan dalam satu temubual menerusi portal Malaysia Kini.

Sebelum ini, Azri Iskandar dan Ellie Suriaty telah mengumumkan berpisah dan tikda lagi bergelar sebagai pasangan suami isteri pada pertengah Mei yang lalu, belum pun sampai sebulan lagi.

Azri Iskandar dan Ellie Suriaty mempunyai dua orang ank yang sudah meningkat remaja.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Malaysia Kini

Be the first to comment on "“Kami Nak Nikah Dulu, Majlis Kemudian…”- Belum Sebulan Cera1, Azri Iskandar Umum Bakal Nikah Bulan Ini!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*