Kerana Berwajah Cantik! A.Aida Ada Pesanan Buat Anak Dara Ameng Spring!

Seorang gadis dengan nama akaun media sosial Tiktok, Azevanatassha telah mengakui Ameng Spring adalah bapanya. Wan Aminuddin bin Wan Ismail atau lebih popular dengan nama panggilan Ameng Spring memiliki anak dengan bekas isterinya yang merupakan pelakon dan penerbit, A Aida.

Ramai yang tidak percaya rupanya anak gadis cantik yang berkulit cerah ini adalah anak kepada Ameng Spring dan A Aida.

Menerusi sebuah portal hiburan, nama sebenar anak gadis cantik ini ialah Wan Az Evanatassha. Manalah tidak tumpah kuah kalau bukan ke nasi…anak dara Ameng Spring ini memang cantik sama seperti ibunya A.Aida.

Untuk rekod, Natassha adalah anak kedua Aida hasil perkahwinannya dengan penyanyi Ameng Spring, dan pernah tular di aplikasi TikTok sebelum ini.

Pesanan A Aida buat anaknya

Menurut Aida, dia tidak kisah jika Natassha mahu menjadi penyanyi kerana beranggapan anaknya itu mempunyai kelebihan dari segi rupa dan suara. Malah,  seorang lagi anaknya iaitu kakak Natassha, Wan Az Aleesa, juga mewarisi bakat bapanya.

Tambahnya, sebelum ini sudah beberapa kali dia ‘membodek’ Wan Azevanatassha – atau Natassha – agar memenuhi permintaannya untuk mula berkecimpung dalam dunia glamor.

“Dia malah boleh bermain gitar, tapi kenapa tak muat naik di YouTube kebolehannya itu?

A Aida juga pernah merungut apabila anak keduanya yang dirasakan memiliki bakat menyanyi dan rupa tetapi enggan memanfaatkan kelebihan yang ada.

“Saya juga ada membebel padanya dan minta dia buat album namun permintaan tu ditolak mentah-mentah,” katanya.

“Kakak dia (Natassha) pun boleh nyanyi. Sebenarnya dua-dua anak Ameng boleh menyanyi.

“Tapi perhatian mereka ketika ini pada pelajaran. Aleesa sekarang sedang ikuti pengajian peringkat sarjana jurusan gastroenterologi,” katanya.

Kata Aida dia meminta anaknya itu berguru dengan komposer Sharon Paul di studio.

“Saya harap Sharon boleh nanti pujuk agar hatinya berubah. Mana tahu boleh jadi penyanyi lepas ni,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai harapannya, Aida berkata Natassha hanya membabitkan diri dalam aktiviti hiburan untuk kepuasan sendiri.

“Katanya, dia tak nak. Kalau ada buat aktiviti nyanyian pun, ia hanya disebabkan untuk kepuasan sendiri bukan untuk komersial,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Youtube 

Be the first to comment on "Kerana Berwajah Cantik! A.Aida Ada Pesanan Buat Anak Dara Ameng Spring!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*