“Jangan Pertikai…”-Ifa Raziah Sudah bergelar Datuk!

Penyanyi dan usahawan popular tanah air iaitu Ifa Raziah kini dah bergelar Datuk.

Bukan baru-baru ini menerimanya, rupanya Ifa Raziah dah menerima anuegrah berkenaan sejak tujuh tahun yang lalu.

Namun selama tujuh tahun membawa gelaran berkenaan, Ifa Raziah tidak bercerita tentangnya, malah lebih selesa menggunakan nama pentasnya iaitu Ifa Raziah saja.

Penyanyi berumur 46 tahun ini menambah, gelaran itu dia tak gunakan untuk memberi kelebihan kepada dirinya dalam bidang nyanyian.

“Sebenarnya dah lama dah. Saya dapat dari tahun 2016, saya terima gelaran itu dari negeri Perak. Masa itu memang dah keluar ura-ura bahawa saya dah terima namun saya tak gunakan pun gelaran berkenaan.”

“Saya selesa dikenali sebagai Ifa Raziah saja. Lagi pula, saya dapat gelaran itu pun atas nama Saripah Raziah Mustapha. Kalau letak Datuk Saripah Raziah, siapa saja yang kenal kan.”

“Oleh yang demikian, saya tetap guna nama pentas Ifa Raziah. Pendapat saya, tak ke mana pun pangkat ini sebab kita ni semua sama saja. Kalau ada Datuk ni sebenarnya lebih sukar saya nak minta tajaan.”

Menjawab kenapa tak mahu guna gelaran berkenaan, Ifa tak mahu memberi persepsi bahawa dia ni seorang yang berada atau mempunyai harta yang banyak.

“Bagi saya, ramai saja individu bergelar Datuk tapi bukannya hartawan mahupun jutawan. Sebab itu saya tidak mahu gunakan gelaran Datuk, saya ni belum lagi jutawan, belum ke tahap itu.”

“Biarlah orang nampak hasil kerja saya. Memang saya suka dan selesa panggil nama saya Ifa Raziah.”

Namun begitu untuk majlis rasmi dan yang ada protocol, barulah Ifa Raziah akan guna Datuk Ifa Raziah itu.

“Jikalau untuk sebarang event, acara atau majlis rasmi, bolehlah gunakan gelaran Datuk itu.”

Itulah penjelasan dari Datuk Ifa Raziah, memang sah dah menerima anugerah darjah kebesaran dari negeri Perak, tahniah diucapkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "“Jangan Pertikai…”-Ifa Raziah Sudah bergelar Datuk!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*