[VIDEO] Hampir Kantoi! Prank Bos Mydin Sempena Hari Jadi, Isteri Berpakat Dengan Staff!

Siapa yang tak kenal dengan pemilik rangkaian pasa rraya besar Mydin, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, seorang yang humble dan disayangi oleh pekerjanya.

Baru-baru ini tular satu video perkongsian oleh Facebook Mydin Malaysia telah membuat ramai terhibur apabila staff MYDIN berpakat dengan Datin Dr Siti Hawa untuk melakukan ‘prank’  kepada Datuk Ameer sempena hari kelahiran beliau.

Staff dan Datin Berpakat

Menerusi video itu, kelihatan Boss Mydin sedang membaca surat khabar tempatan di dalam kereta yang dipandu seorang staff. Di sebelahnya pula kelihatan isterinya, Datin Dr Siti Hawa sedang bercakap-cakap dengan beliau.

Tidak lama kemudian, Boss Mydin mula merasakan ada yang tidak kena dengan kereta yang dinaikinya itu seperti menyentap-nyentap. Pemandu kereta itu kemudian mula memperlahankan dan memberhentikan kereta itu di tepi jalan.

Malah dia juga memberitahu bahawa kereta yang dipandunya itu kehabisan bateri.

Tidak lama selepas itu, sebuah lori Mydin sampai, Boss Mydin dan Datin terpaksa menaiki lori tersebut berikutan kereta yang dinaiki tadi kononnya ‘rosak’.

Hampir Kantoi

Sejurus menaiki lori tersebut, Datuk Ameer Mydin perasan ada sebuah kamera yang merakam dirinya dan isteri. Reaksi Boss Mydin yang bertanya tentang kamera itu langsung tak disangka oleh staff dan isterinya.

Comel lah Datuk ni! Jom tengok video di bawah:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MYDIN Malaysia (@mydinmalaysia)

Menerusi perkongsian video itu, rata-rata pengikut dan netizen terhibur dengan reaksi Boss Mydin itu yang memberikan respons yang baik dan tidak marah-marah sebaliknya meminta penjelasan dengan cara yang berhemah serta nada suara yang rendah.

Mereka turut mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kejayaan Datuk Ameer sebagai Boss Mydin yang sentiasa dihormati dan disegani orang ramai.

Sporting betul Dat0′

Orang Humble, Memang jenis pemimpin

Jadi Rasa sayang kat Dato’…Happy Birthday!

Bergetar suara pilot risau kantoi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : FB, IG  Mydin Malaysia

Be the first to comment on "[VIDEO] Hampir Kantoi! Prank Bos Mydin Sempena Hari Jadi, Isteri Berpakat Dengan Staff!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*