Menyentuh Perasaan! Sempena Anniversary Ke-10, Ayu Nazirah Titip Ucapan Sed1h Buat Nourul Dan Suami

Setiap pasangan yang berkahwin sudah tentu impikan perkahwinan yang indah, bahagia hingga ke hari tua bersama. Namun itu semua hanya mampu merancang, perpisahan yang terjad1 bukan kehendak masing-masing tetapi demi kebaikan anak-anak, diri sendiri, perkara tersebut harus dilalui.

Ajai & Nurul adalah pasangan duet yang popular pada era 2000an di Malaysia. Ia dianggotai oleh pasangan suami isteri penyanyi Nurul Wahab bersama suaminya ketika itu iaitu Mohd Faizal Maas atau Ajai, seorang komposer dan penerbit yang prolifik juga bekas anggota kumpulan Exists. Pasangan ini meraih banyak kejayaan bersama namun akhirnya berpec4h setelah episod percerai4n pada tahun 2006.

Nurul yang menggalas status ibu tunggal selama lima tahun akhirnya telah berkahwin dengan seorang jejaka warganegara Perancis iaitu perunding kesihatan, Eric Daniel Depp pada tahun 2012.

Baru-baru ini, sempena ulangtahun perkahwinan yang ke 10, Anak kepada penyanyi terkenal Nurul Wahab dan Ajai, Ayu Nadirah 23, berkongsi satu momen yang cukup menyentuh hati.

Ayu yang berterima kasih kepada kedua ibu bapanya kerana telah mengajar dan membesarkannya sehingga menjadi insan yang berjaya seperti seperti sekarang. Malah Ayu juga berterima kasih kepada bapanya kerana telah menjaga dan menyayangi mamanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AyuFit 💪🏼🌱 (@ayu_ace)

“Happy Anniversary kepada ibu bapa saya yang telah banyak mengajar saya membesar dan menjadikan saya seperti sekarang”

“Saya doakan semoga kehidupan cinta saya akan diberkati, indah dan tidak bersyarat seperti mana yang awak berdua miliki “

“Terima kasih papa, kerana menjaga dan menyayangi mama”

Sebelum ini, Ayu pernah mengakui bukan mudah untuknya berdepan dengan situasi itu, bagaimanapun Ayu sedar pengakhirannya indah.

“Tapi saya ingatkan pada diri sama ada keluarga berpisah atau pun tidak mereka tetap keluarga saya”

“Paling penting saya dapat kasih sayang yang berganda daripada dua belah pihak.

Terdahulu, nama Ayu Nazirah telah menjadi bualan ramai apabila dia telah berjaya meraih pencapaian yang cukup membanggakan dengan memperoleh 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sebagai ganjaran , Ajai telah memberi kebenaran kepada Ayu untuk mengambil lesen dan membeli sebuah kereta untuknya atas usaha kerasnya.

Nourul pernah melalui episod percer4ian bersama penyanyi dan komposer Ajai pada 2007 selepas mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 1996.

Hasil perkahwinan pertamanya, Nourul dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 23.

Pelantun lagu Kerana Terluka itu kemudian berkahwin dengan usahawan Perancis, Eric Daniel Depp pada Jun 2012.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Zachary Depp, 8, Raphael Depp, 6, dan Isabella Depp berusia 3 tahun.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Teh Tarik Kaw

Be the first to comment on "Menyentuh Perasaan! Sempena Anniversary Ke-10, Ayu Nazirah Titip Ucapan Sed1h Buat Nourul Dan Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*