Siti Bainun Paksa Bella makan nasi goreng banyak cili – Saksi

REMAJA perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun bernama Bella dipksa makan nasi goreng bercampur cili oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, Mahkmah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin diberitahu.

Perkara itu dimaklumkan oleh rakan kepada Siti Bainun, Suhana Zam, selaku saksi kelapan pendkwaan ketika prosiding kes mengan1aya Bella membabitkan Siti Bainun, di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Suhana yang merupakan Pegawai Penyelidik Und4ng-und4ng di sebuah firma guaman pada Isnin berkata, tetamu yang hadir di rumah Siti Bainun disajikan makanan ‘king crab., namun Bella dider4 dengan memakan cili.

Ketika berada di sebuah kondominium di Wangsa Maju, saksi berusia 40 tahun itu berkata, kejadian itu berlaku dalam dua kejadian berasingan iaitu pada Mei dan Jun 2021.

Menceritakan kejadian itu, saksi berkenaan berkata, sering ke kondominium yang didiami Siti Bainun di Wangsa Maju, namun keadaan Bella paling teruk adalah pada 13 Jun 2021.

Beliau berkata, ternampak muka Bella iaitu bermula dari kening sehingga bawah mata, lebam sebesar tapak tangan.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, saksi itu berkata, ternampak rambut remaja malang itu dipotong pendek hingga ‘tobek’, lebam pada muka dan kelihatan ketakutan.

Nor Azizah: Kenapa kamu ke kondominium pada tarikh itu?

Suhana: Siti Bainun ajak makan ‘king crab’ untuk ‘shell out’, saya tiba di rumah itu dengan Haiza, pada jam 5 petang. Setibanya di sana, saya terkejvt dengan keadaan Bella, bila ditanya, Siti Bainun jawab ‘mereka bergaduh’.

Nor Azizah: Selepas itu apa yang terjadi?

Suhana: Saya tanya kenapa tak bawa Bella ke klinik, tapi Siti Bainun kata, dia dah letak ubat pada Bella. Saya tak tanya lagi, sebab tak nak bergadvh, saya terus duduk dan tengok Bella beberapa kali, dalam hati rasa ada yang tak kena.

Nor Azizah: Jadi seterusnya apa yang berlaku?

Suhana: Tak ingat jam berapa, dua lagi rakan kami tiba, kami tunggu hingga malam, sebab Siti Bainun cakap nak masak. Dia dibantu oleh penghuni rumah itu, iaitu Aida, Balqis dan Yasmin, bila nak makan, tetamu dan Siti Bainun duduk di meja makan namun penghuni rumah itu tidak diajak untuk makan bersama.

Nor Azizah: Bella maca mana?

Suhana: Dia tak disuruh ambil makanan, macam dibiarkan sahaja, berdiri di dinding, saya mula rasa bers4lah, tapi pada saya, waktu itu bukan waktu yang sesuai untuk membangk1tkan 1su Bella dengan Siti Bainun.

Selain itu, saks1 ini berkata, pada bulan Mei tahun sama, Siti Bainun pernah memegang dagu remaja sindrom Down itu dan memaksanya untuk makan nasi goreng bercampur cili.

Beliau berkata, pernah melihat Siti Bainun meletak cili potong dalam nisbah yang banyak, dalam nasi goreng.

“Saya tak tanya lebih lanjut dengan Siti Bainun sebab saya b1mbang dengan reaks1nya pada saya atau kesel4matan Bella.

“Jika saya buat lap0ran, bolehkah pihak berkuasa datang dan ambil Bella pada perjumpaan pertama, jadi saya tunggu waktu yang sesuai untuk ambil t1ndakan,” katanya.

Bagaimanapun, ketika pemeriksaan balas oleh peguam yang mewakili Siti Bainun, Nur Ellena Mohamed Razif yang menyatakan tiada keperluan untuknya membuat lap0ran selepas melihat keadaan Bella, saksi itu berkata tidak setuju.

Pada prosiding pagi Isnin, saks1 itu memaklumkan bahawa, selepas ‘shell out’, dia bermalam di rumah kondominium itu dan menunggu untuk menonton perlawanan bola sepak UEFA Euro.

Nur Ellena: Kamu ada beritahu mahkmah sebelum ini, lepas makan, kamu dan Siti Bainun lepak bersama, berbual dari jam 12 tengah malam sambil menunggu untuk menonton perlawanan bola sepak.

Suhana: Ya.

Nur Ellena: Masa itu kamu ada dengan Siti Bainun sahaja, kamu ada peluang untuk tanya tentang keadaan Bella, setuju tak?

Suhana: Tidak Setuju.

Nur Ellena: Sepanjang malam, kamu teruskan tengok bola, tak tengok Bella di bilik dobi.

Suhana: Setuju.

Sementara itu, ketika ditanya oleh peguam Datuk Mohammad Farhan Maaruf yang mewakili Siti Bainun, saksi itu berkata, sepanjang perkenalannya dengan Siti Bainun, bermula 2009 hingga 2022, dia pernah melihat remaja itu didera oleh tertvduh.

Bentuk pender4an itu katanya, adalah seperti makan cili, dijer1t, berdiri dan duduk selama berjam-jam.

Bagaimanapun katanya, tidak pernah melihat Bella dipvkul dengan besi langsir atau dis1mbah air panas oleh Siti Bainun.

Pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didkwa di Mahkmah Sesyen Kuala Lumpur, sebagai orang yang dipertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun telah mengaba1kan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fiz1kal dan em0si.

Pada 20 November 2021, Pengasas Rumah Bonda itu didkwa sekali lagi di mahkmah sama atas pertvduhan mengan1aya seorang remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun. – Sinar Harian

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Sinar Harian, Harian Metro, Mstar

Be the first to comment on "Siti Bainun Paksa Bella makan nasi goreng banyak cili – Saksi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*