“Saya Tak Pernah Minta Dia Seurat Rantai & Duit, Yang Saya Perlukan Kesetiaan” – Ellie Suriaty

Perkahwinan bersama Azri Iskandar yang dibina selama 19 tahun akhirnya ke titik noktah apabila pelakon Ellie Suriaty mendedahkan sudah tidak lagi merasai kemanisan dalam rumah tangganya.

Memetik Astro Gempak, Ellie berkata dia mengambil keputusan untuk mengundur diri selepas melihat perubahan bekas suaminya itu yang tidak mahu meneruskan kehidupan bersamanya.

“Saya kenal lelaki (Azri) ini 19 tahun atau 22 tahun termasuk perkenalan sebelum berkahwin. Jadi saya tahu perubahannya dari segi body language semua.

“Jadi saya faham dan saya tak mahu bertanya kerana kita pernah laluinya. Kadang-kadang dia seperti tidak hidup di dalam rumah…

“Dapat barang pre-loved pun suka kerana bagi saya momen itu bukan lagi barang atau material. Tak perlu pun terbangkan saya ke London atau Paris,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Meluahkan isi hatinya menerusi program Hard To Heard bersama pengacara popular Datuk Aznil Hj Nawawi, Ellie berkata sepanjang perkahwina dia tidak pernah meminta barang kemas mahupun duit, sebaliknya hanya kesetiaan yang dipinta.

“Dia mudah kahwin dengan saya dan cerai pun mudah…Sepanjang hidup dengan dia saya tak pernah mintak seurat rantai, barang kemas, cincin berlian atau apa…

“Apa yang saya perlukan kesetiaan, saya tak pernah mintak duit sebulan RM5,000 ke kerana wang bukan isunya… Its always about love,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Rotikaya

Be the first to comment on "“Saya Tak Pernah Minta Dia Seurat Rantai & Duit, Yang Saya Perlukan Kesetiaan” – Ellie Suriaty"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*