Hadiah Majlis Anniversary Bernilai Hampir RM100,000, Che Ta Hargai Persahabatan Dengan Anas Zahrin!

Pelakon popular, Rozita Che Wan akui tersentuh dengan keikhlasan hati sahabat baik yang juga merupakan pengasas produk kosmetik, Anas Zahrin yang sudi menaja majlis besar-besaran bersempena ulang tahun perkahwinannya yang kian menjangkau usia 10 tahun.

Bagaimanapun, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memberitahu, dia sebenarnya tidak terkejVt dengan pemberian ini kerana menyifatkan Anas sememangnya seorang yang sangat pemurah.

“Ini merupakan hadiah daripada Anas. Walaupun anniversary saya bulan 12 tapi dia minta juga saya buat awal. Sebenarnya saya tak terkejVt pun dapat hadiah seperti ini kerana Anas ni seorang yang sangat pemurah.

“Sejak saya kenal dia 12 tahun yang lalu, tak pernah lagi saya dapat belanja dia makan. Semua dia yang nak bay4r. Kalau beli goreng pisang harga 20 ringgit, dia bayar RM100.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

“Majlis ni pun diranc4ng dalam masa yang sangat singkat. Pada awalnya kita nak buat launching inai sahaja tapi dia kata dah alang-alang, malam akak bersandinglah. Kita pun suka,” katanya kepada MH.

Isteri kepada pelakon Zain Saidin itu berkata sedemikian selepas ditemui us4i majlis ulang tahun perkahwinan yang diadakan di Glam Hall Damansara, Damansara Perdana pada Selasa.

Che Ta turut menambah, dia dan Anas sudah pun bersahabat sejak 12 tahun yang lalu dan mereka langsung tidak penah berbal4h.

“Persahabatan kami bermula hanya atas dasar kerja kemudian semakin rapat. Ada sesetengah rakan kerja akan menjadi rapat, boleh bertolak ansur dan macam-macam lagi.

“Kami jadi sangat rapat sampai tak larat nak angkat telefon bersembang. Selama 12 tahun ni, kita tak pernah gadvh.

“Dia pun sangat hormat orang. Dia jumpa mak dan suami saya pun salam c1um tangan. Padahal kejayaan dia lebih daripada saya. Tapi sangat merendah diri,” kongsinya lagi.

Katanya lagi, dia juga amat gembira dengan perjalanan majlis yang dikatakan menelan belanja hampir RM100,000.

“Masa majlis tadi Anas tanya saya happy tak? G1la tak happy. Berapa puluh ribu nak bayar majlis ni. Saya rasa cecah hampir RM100,000. Makan sahaja RM40,000. Tak termasuk bayaran juru foto, penari dan sebagainya.

“Bayar yang kecil-kecil ni pun rasaya boleh cecah RM30,000. Majlis malam ni memang saya lepas tangan. Saya tak tahu pun tentatif malam ni. Saya ikut sahaja kata pengacara majlis.

“Kami hanya pergi fitting baju sahaja. Saya suka majlis ni kerana ringkas dan padat. Takda biar orang tertunggu-tunggu nak makan. Kita kena hormat orang yang dah sampai bukan sebaliknya,” ujarnya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

Dalam perkembangan lain, Che Ta dan Anas baru sahaja melancarkan produk kolaborasi terbaru mereka, Inai Che Ta.

Jelas Che Ta, sepanjang dua minggu di pasaran, Inai Che Ta telah pun habis terjual lebih 50,000 kotak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment on "Hadiah Majlis Anniversary Bernilai Hampir RM100,000, Che Ta Hargai Persahabatan Dengan Anas Zahrin!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*