“Sebenarnya Saya….”- Tam Spider Luah Sesu4tu Apabila Lagu Arwh Maya Tak Dikeluarkan!

Jika peminat masih ingat pada perjalanan karier penyanyi Maya Matahari, pasti ramai yang mengetahui bahawa allahyarhm sepatutnya meluncurkan sebuah single baharu selepas penyertaannya menerusi program nyanyian popular, Gegar Vaganza musim kelima pada 2018.

Namun, seperti yang telah ditakdirkan, Maya atau nama sebenarnya, Meyanaliza Ruslee menghembVskan nafas yang terakhir sebelum sempat lagu berkenaan dipasarkan dan diperdengarkan kepada umum.

Berpeluang bertemu dengan komposer lagu berkenaan, Tam Mustafah baru-baru ini, vokalis kumpulan Spider itu berkata, dia berasa ralat kerana lagu berkenaan tidak sempat untuk diluncurkan dan diperdengarkan buat peminat.

“Ya betul, saya ada buat lagu untuk arwh Maya. Tetapi, saya tidak tahu kenapa lagu berkenaan tidak dilancarkan kerana dia skit apa ada sebab lain. Ketika itu, kami siap rekod teaser secara bersama.

“Sebenarnya saya agak ralat juga sebab lagu itu tidak dikeluarkan. Tapi saya sendiri tak tahu macam mana nak buat sebab urusan lagu semua atas label,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Tam berkata, dia tidak kisah jika ada pihak yang ingin meluncurkan lagu berkenaan memandangkan lagu tersebut sudah pun siap dirakam.

“Saya masih ada master untuk rakaman lagu berkenaan, cuma kalau nak keluarkan, perlulah dapat kebenaran ahli keluarga dan juga label,” katanya lagi.

Untuk rekod, Maya men1nggal dunia pada 18 Mac 2020 akibat penyakit knser. Arwh meninggl dunia ketika berusia 44 tahun.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Sebenarnya Saya….”- Tam Spider Luah Sesu4tu Apabila Lagu Arwh Maya Tak Dikeluarkan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*