Syifa Melvin bangga dengan Harimau Malaya!

“So proud! (Bangga sangat) Alhamdulillah, syukur,”.

Ringkas, namun cukup mendalam untuk menggambarkan perasaan bangga dirasakan pelakon dan usahawan, Syifa Melvin, 28,  terhadap kejayaan diraih pasukan Harimau Malaya yang dikongsikan di Instagram Story.

Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin adalah kekasih pemain skuad kebangsaan, Safawi Rasid, 25, yang sekali gus menjadi penyokong utama pemain kelab Johor Darul Takzim (JDT) itu.

Selain memberi sokongan padu, Syifa juga sentiasa mempertahankann Safawi dan memberi semangat kepada pemain itu apabila dikec4m net1zen akibat aks1 hambarnya di padang dan Malaysia tewas.

Bagaimanapun, pada perlawanan penting skuad negara malam tadi menentang Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil, aks1 Safawi tidak mengh4mpakan kerana berjaya menyumbang satu gol menerusi penalti.

Pada perlawanan itu, Malaysia menang besar 4-1 sekali gus menamatkan ‘b4di’ 42 tahun untuk layak ber4ksi ke Piala Asia, tahun depan di bawah jurulatih, Kim Pan-gon.

Pan-gon, jurulatih berpengalaman dari Korea Selatan itu ternyata berjaya menyahut cabaran dan mengotakan janjinya untuk membawa perubahan dalam skuad negara yang dilihatnya berpotensi.

Dalam aksi terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia itu, kejayaan skuad negara membenam Bangladesh 4-1 menerusi sepakan penalti Safawi di minit ke-16, diikuti Dion Cools (m-38), Syafiq Ahmad (m-47) dan Darren Lok (m-73).

Manakala, gol saguhati pelawat diraih melalui tandukan Mohammad Ibrahim di minit 31.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Harian Metro

Be the first to comment on "Syifa Melvin bangga dengan Harimau Malaya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*