Ismail Leon Persoal Di Mana Bapa, Ini Penjelasan Rihana Oksana Petra

Model sens4si dan bekas Ratu Cantik Rusia, Rihana Oksana Petra telah mendapat soalan yang tidak dijangk4 oleh anaknya iaitu Ismail Leon sempena Hari Bapa baru-baru ini.

Leon Mencari Di Mana Bapa

Menerusi hantaran di Instagram, Rihana menceritakan bahawa Leon bertanya dimanakah bapanya selama ini dan meng4kui itu adalah soalan yang paling tidak selesa untuk dijawab.

“Sudah tiba masanya untuk soalan yang tidak selesa. Atau Hari Bapa tanpa bapa. Saya telah menanti soalan ini dan saya telah berkali-kali mencari jawapan.

Keb1mbangan utama saya adalah untuk memberikan jawapan yang seimbang kepada Leo kerana hanya dia seorang kanak-kanak di tadika tanpa kehadiran bapa.”-Kongsi Rihana

Tambahnya lagi, dia turut menunjukkan peta di mana terletaknya London dan Malaysia. Malah Rihana turut menjelaskan bahawa bapa kepada anak lelakinya itu tinggal di Malaysia dan tidak dapat hadir.

“Saya cepat-cepat menunjukkan Leon peta di mana London dan di mana Malaysia, dan mengatakan bahawa bapanya tinggal di sana- jauh. Dia tidak boleh datang. “-Jelas Rihana

“Kenapa Bapa Tidak Hubungi Saya?”

Bekas Ratu Cantik Rusia ini menceritakan bahawa anaknya turut bertanya mengapa bapanya tidak pernah menghubung1nya selama ini.

“Tetapi kemudian, Leon bertanya- kenapa dia tidak menghubungi saya?. Saya terp4ksa keluar dan memberitahu bahawa telefon tidak diangkat di sana, kerana belum ada 5G di sana…Jadi dia tidak boleh menghbungi dalam apa cara sekalipun.”-Kata Rihana

Di akhir hantaran nya, Rihana menceritakan bahawa dia dan bekas suami pernah berbincang mengenai projek pemasangan rangkaian 5G di Malaysia. Selain itu, Rihana turut mengatakan bahawa adalah sangat penting bagi seorang anak untuk berkomunikasi dengan bapanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Voevodina Oksana (@rihanapetra)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Murai

Be the first to comment on "Ismail Leon Persoal Di Mana Bapa, Ini Penjelasan Rihana Oksana Petra"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*