“Siti masih ingat rupa saya ketika muda”

“Alhamdulilah… akhirnya insan yang lama saya cari menghubungi saya pagi hari ini dan ia merupakan kenangan tidak dapat dilupakan sepanjang hay4t,” kata Amir Hassan, 72.

Amir berkata, wanita berusia 60-an itu menghubungi pada 9 pagi hari ini dan mengakui dia adalah insan yang dikes4n sejak 50 tahun.

Menurutnya, malah wanita berkenaan yang kini berstatus ibu tunggal juga menyatakan memiliki tiga anak selain pasangan hidupnya sudah men1nggal dunia.

“Rupa-rupanya saya tersil4p kerana namanya bukan Siti Fatimah tetapi Siti Aminah dan kini dia menetap di Felda Bukit Batu, Kulai.

“Perbualan antara kami selama setengah jam pagi tadi terhenti seketika apabila dia tidak dapat menahan seb4k mengenang persahabatan kami.

“Dia menyatakan melihat gambar lama saya yang disiarkan di laman Harian Metro dan masih ingat rupa saya ketika muda.

“Dia juga menceritakan kenangan lama ketika bertemu di stesen keretapi dan suara lembutnya masih tidak berubah,” katanya.

Amir yang tinggal di Kampung Tasik Alai, Segamat di sini, berkata, dia syukur kerana perbualannya dengan Siti Aminah tidak dihal4ng oleh kedua belah keluarga malah masing-masing mengh0rmati nilai persahabatan mereka.

Menurutnya, malah dia bersama ahli keluarga juga bercadang untuk menz1arahi Siti Aminah pada Isnin depan di Kulai.

Katanya, dia berharap segala perancangannya berjalan lancar tanpa sebarang hal4ngan.

“Saya mahupun ahli keluarga tidak sabar untuk bertemu dengan Siti Aminah yang mungkin kini sudah berubah rupanya kerana masing-masing sudah dimamah usia.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada net1zen yang memberi sokongan dan mendoakan usaha saya mencari Siti Aminah berjaya,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Siti Aminah Hashim, 69, berkata, selepas melihat paparan Harian Metro, dengan kebenaran ahli keluarga dia menghubungi sahabat lamanya itu.

Menurutnya, selepas terputvs hubungan dengan Amir, dia tinggal di Johor Bahru sebelum ke rumah adik lelakinya di Felda berkenaan.

“Saya pernah membuka perniagaan sendiri termasuk menjual sate dan ikan bakar namun atas faktor usia anak meminta saya untuk berehat di rumah.

“Saya pernah tanya rakan berkaitan Amir sebelum ini namun tidak menerima sebarang maklumat. Oleh itu, saya hanya berser4h kepada Allah sekiranya ada rezeki, kami tetap bertemu.

“Walaupun dia lupa nama sebenar saya namun apabila membaca jalan cerita di Facebook, saya merasakan mesej itu ditujukan kepada saya.

“Dia memanggil saya dengan gelaran Ati iaitu ringkas Siti dan seperti orang muda lain, ada usia berkenaan dia juga berhasrat menghad1ahkan saya sesuatu sebagai tanda persahabatan.

“Tidak sangka dia masih berpegang kepada janji lama dan menyatakan akan menz1arahi keluarga kami pada Isnin ini,” katanya.

Semalam, Harian Metro melap0rkan hasrat seorang bekas tentera untuk bertemu dengan sahabat lama yang terputvs hubungan untuk memberikan hadiah sebagai tanda perkenalan seperti dijanjikan 50 tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Harian Metro, Berita harian

Be the first to comment on "“Siti masih ingat rupa saya ketika muda”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*