Sebak! Sekali Lagi Kak KM Buat Ibunya Menangis Teresak-esak

PERKONGSIAN Kak KM menerusi sebuah video kali ini menerima pujian net1zen apabila usahawan sensasi itu membuat kejutan kepada ibunya iaitu aktres Normah Damanhuri.

Menerusi perkongsian itu, Kak KM atau Liana Rosli menghadiahkan sebuah kereta jenis Honda kepada ibunya yang dibayar secara tunai dengan harga lebih RM100,000.

Normah yang pada mulanya meng4du wang simpanannya tidak mencukupi menangis apabila anaknya mengatakan akan membayar semuanya.

“Macam ini la, saya memang dah niat dah mak, kereta mak ini, saya hadiah untuk mak. Saya beli cash untuk mak. Ini ikhlas untuk mak, mak janganlah menangis.

“Apa la sangat, ini pun tak terbalas jasa mak,” kata Kak KM.

Selepas mendengar kata-kata itu, Normah terus bangun dan menangis kerana terkejvt dengan pemberian anaknya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

Bersyukur sangat, mak tak sangka… mak ingat nak beli sendiri saja.

NORMAH DAMANHURI

PELAKON

Bagaimanapun, tidak dinyatakan kenderaan jenis apakah yang diberikan kepada pelakon berkenaan.

Rata-rata netizen memuji sifat pemurah Kak KM yang dikatakan tidak kedekut dengan ibunya biarpun kadang-kala perkongsiannya di laman sos1al mengundang kecam4n.

“Walaupun dia begini, tapi aku suka dia hormat mak dia… dia ratukan mak dia.

“Tak suka perangai gedik Kak KM, tapi respek sangat bab menghargai mak… semoga sentiasa istiqamah macam ini selalu.

Kak KM

Kak KM sentiasa dahulukan ibunya.

“Patutlah rezeki Kak KM sentiasa murah rupanya dahulukan ibunya. Alhamdulillah rasa terharu, saya minat Kak KM,” komen beberapa netizen.

Dalam pada itu, Normah, 68, tidak henti melahirkan rasa syukur kerana tidak sangka menerima sebuah kereta daripada anaknya.

“Bersyukur sangat, mak tak sangka… mak ingat nak beli sendiri saja. Mana la tahu sayang (Kak KM) nak belikan kereta ini.

“Syukur sangat, Alhamdulillah. Nanti nak buat sujud syukur,” ujarnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Sebak! Sekali Lagi Kak KM Buat Ibunya Menangis Teresak-esak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*