Tahniah! Shahir bakal bertunang dengan gadis ini

Penyanyi, Shahir, 34, bakal melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya pada pertengahan Julai ini.

Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi berkata, dia dan pasangan merancang untuk berkahwin tahun ini.

“Nak bertunang pertengahan Julai ini dan kahwin insya-Allah tahun ini juga.

“Sebenarnya kami baru juga kenal. Dia bukan orang industri hiburan dan berusia 30 tahun. Kami berkenalan pun secara tak sengaja di media sos1al,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Shahir yang juga juara program Akademi Fantasia musim kelapan, dia sudah menghadiri kursus kahwin.

“Pada usia sekarang memang sudah cukup matang untuk kahwin. Pada saya ini semua aturan Allah.”

Kalau nak cakap soal bersedia nak berumah tangga, sebelum ini lagi dah sedia.Malah, kalau ikutkan usia sebgini sepatutnya dah kahwin.

Kawan-kawan saya pada usia ini semua dah ada anak.

“Ini semua kerja Allah. Perkenalan kami dipermudahkan begitu juga ketika nak buat keputusan. Keluarga kami sama-sama menyokong. Bila buat solat istikharah Allah susahkan bermakna belum masanya, tapi bila Allah permudahkan sudah sampai masanya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shahir baru muncul dengan single duet bersama Mawi berjudul Qasidah Untuk Qamilah.

“Alhamdulillah, lagu ini dilancarkan sebelum raya tempoh hari. Cuma disebabkan Mawi sibuk dengan penggambaran filem jadi aktiviti promosi belum dijalankan.

“Selepas kerjanya dah habis, semalam baru kami mula promosi. Insya-Allah, bulan depan nak masuk pencalonan Muzik Muzik 37.

Doakan semoga lagu ini berjaya dan diterima baik,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Harian Metro

Be the first to comment on "Tahniah! Shahir bakal bertunang dengan gadis ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*