Aedy Ashraf Menari, Peluk Perempuan Di Kelab Malam?

Ketika tular di media sos1al selepas sebuah rakaman video memperlihatkan seorang lelaki menari dan berpelukan dengan seorang wanita dipercayai di sebuah kelab malam, tiba-tiba nama pelakon Aedy Ashraf dikaitkan dalam insiden itu.

Ia berikutan terdapat komen di laman Twitter membabitkan nama pelakon berkenaan.

Rakaman pendek yang dimuat naik seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Aiman Shah itu menarik perhatian netizen kerana dikatakan mirip pelakon berkenaan.

Dalam ciapannya itu, Aiman mendakwa wanita yang dipeluk oleh lelaki itu merupakan teman wanitanya yang telah berlaku cvrang.

Difahamkan, lelaki tersebut telah menghubungi pengguna Twitter berkenaan supaya memadam video yang dimuat naik kerana bimbang imejnya sebagai seorang selebriti terjejas.

Dalam pada itu hasil tinjauan mStar mendapati video berkenaan sudah dipadamkan pada pagi Rabu.

Sementara itu, menjengah ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan mengaitkan nama Aedy Ashraf sebagai individu dalam rakaman berkenaan.

“Aedy Ashraf la… kalau ikut siasatan Aedy dengan kekasih lelaki yang tweet tu.

“Kekasih lelaki itu yang tweet teman wanitanya cvrang dekat kelab.

“Orang kata tu Aedy Ashraf! Apa yang dah jadi. Memang nampak macam dia, tapi mungkin muka seiras kot,” tulis netizen.

Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan oleh Aedy mengenai dkwaan netizen itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Cari

Be the first to comment on "Aedy Ashraf Menari, Peluk Perempuan Di Kelab Malam?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*