Baru Kahwin Adam Lee & Sweet Qistina! Tiba Tiba Suami Mula Meluahkan Rasa Tak Selesa?

Hampir sebulan bergelar suami, aktor Adam Lee mengakui banyak perkara baru dilaluinya selepas mendirikan rumah tangga dengan aktres Sweet Qismina.

Menurut laporan Xtra, pelakon berusia 28 tahun itu berkata, kehidupannya kini lebih gembira apabila sentiasa ditemani isteri namun berasa agak kekok kerana tinggal di bawah satu bumbung.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🤍 فرحانة قيسمينا سوڤندي 🤍 (@sweetqismina)

Adam berkata, perkenalan dengan Sweet dalam tempoh empat tahun tidak mencukupi sekali gus semakin dapat mempelajari benda baru sebagai pasangan suami isteri.

“Bila dah satu rumah dia jadi macam something yang ‘kenapa Sweet kat sini?’. Dia jadi awkward dan malu sedikit.

“Biarpun dah empat tahun berkawan dan bercinta tetapi dia jadi benda yang baru bagi saya, ini jujur daripada hati dan bagi saya kahwin ini sangatlah seronok sebab kita dah ada keluarga sendiri,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🤍 فرحانة قيسمينا سوڤندي 🤍 (@sweetqismina)

Sementara itu, ditanya mengenai cahaya mata, pelakon drama Budak Tebing itu belum mempunyai perancangan tetapi menerima dengan hati terbuka sekiranya dikurniakan rezeki zuriat.

“Saya tak merancang. Kalau Allah SWT izinkan untuk saya dapat anak, dapatlah,” ujar Adam atau nama penuhnya Muhamad Arif Adam Mohammad Fadlee.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Adam Lee (@adm.lee)

Untuk rekod, pasangan tersebut berkahwin pada 24 Oktober lalu di The Boathouse, Tasik Ampang  selepas setahun mengikat tali pertunangan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : OMM

Be the first to comment on "Baru Kahwin Adam Lee & Sweet Qistina! Tiba Tiba Suami Mula Meluahkan Rasa Tak Selesa?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*