“Confident Sebab Letak Tepung Tinggi”- Anak ‘Explore’ Main Tepung, Farah Nabilah Reda!

Anak yang sedang membesar sememangnya menduga kesabaran kita. Pelakon berbakat, Farah Nabilah turut berdepan hal yang sama melihat gelagat anak kecilnya yang lasak.

Aksi comel Andre Omar, yang kini berusia dua tahun menarik perhatian ramai.

Mana tidaknya, beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh Farah menerusi Instagramnya jelas membuktikan kelasakkan anak kecilnya itu yang berjaya mencuit hati ramai.

“Baru few days teringat my mom pernah cakap dia pernah masuk dapur tengok habis satu dapur penuh tepung i main,” tulis Farah memulakan cerita.

Jelas Farah lagi, dia yakin anak kecil kesayangannya itu tidak melakukan hal yang sama dilakukannya ketika waktu kecil dahulu kerana dia meletakkan segala bekas tepung di tempat yang lebih selamat.

Semuanya bagi mengelakkan Andre tidak mencapainya serta untuk keselamatan. Ternyata telahan Farah Nabilah salah sama sekali.

“I was so confident Dre takkan buat ni sebab I letak all my tepung tinggi.

“Clearly I was wrong,” tulisnya lagi.

Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh pelakon cantik manis ini, Andre kelihatan begitu enjoy dan fokus ketika ‘explore’ aktiviti sensori yang begitu baik untuk anak kecil itu. Memang anak yang bijak.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut Farah di Instagram turut sama meninggalkan pelbagai komen malah turut terhibur dengan gelagat comel Andre dalam pelbagai gaya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial)

Terdahulu Farah Nabilah dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2019. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Andre Omar yang dilahirkan pada 22 Oktober 2020.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Pa&Ma

Be the first to comment on "“Confident Sebab Letak Tepung Tinggi”- Anak ‘Explore’ Main Tepung, Farah Nabilah Reda!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*