“Majlis minggu depan”- Kak Ogy dah terima pinangan.. Tahniah!

Fauziah Ahamd Daud atau lebih mesra disapa dengan nama Kak Ogy telah muatnaik satu status pada hari ini yang menjadi tumpuan ramai. 

Status berkenaan telah memberi gambaran bagaikan Kak Ogy akan naik pelamin tak lama lagi. 

Pelakon dan pengarah berumur 60 tahun ini mengatakan dia telah di risik kemudian dipinang dan pihaknya pun dah menerimanya. 

Ini status dari Kak Ogy yang ditulis di laman media sosial miliknya termasuklah di Instagram dan juga di Facebook.

“Pada mulanya hanyalah merisik. Kemudiannya dia telah masuk untuk meminang. Pinangan berkenaan telah pun diterima.”  

Kak Ogy kemudian ada menulis dirinya tak sabar dan berkata majlis akan dilangsung pada minggu depan. 

“Majlisnya pada minggu hadapan. Tak sabarnya kita.” Tulis Kak Ogy secara ringkas.

Namun begitu, tiada info yang lebih lanjut atau lebih terperinci tentang pinangan serta majlis yang bakal diadakan itu. 

Melihat ruangan komen, memang banyak ucapan tahniah yang diberikan kepada Fauziah Ahmad Daud di atas berita berkenaan.

Ada juga yang berkata sudah menerima jemputan dan juga undangan dari Kak Ogy, malah pelakon berkenaan juga ada memberi respon agar datang ke majlisnya. 

Dalam pada itu, ada juga yang tertanya siapa sebenarnya yang dipinang itu, dan Kak Ogy dengan tegas menjawab, bahawa dirinya yang dipinang. 

“Siapa yang kena pinang Kak Ogy” Tulis seorang peminat.

Kak Ogy memberi komen balas: “Sayalah yang dipinang.”

Untuk sedikit info, Fauziah Ahmad Daud sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon terkenal Eman Manan. 

Perkahwinan mereka berdua berlangsung pada tahun 1990, namun hanya bertahan selama 13 tahun saja dan mengumumkan perpisahan pada tahun 2003. 

Fauziah Ahmad Daud atau Kak Ogy mempunyai anak angkat bernama Nuraminah Aishah.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : HM

Be the first to comment on "“Majlis minggu depan”- Kak Ogy dah terima pinangan.. Tahniah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*