“Terpaksa Rahsiakan Atas Permintaan..”- Pengacara Anim Ezati Dan Suami Sah Bercer4i

Selepas dua tahun melayari bahtera rumah tangga, pengacara Anim Ezati mengesahkan ikatan perkahwinan dengan Mohd Fadli Sahudin sudah menemui titik noktah.

Jodoh tidak panjang

Menurut sumber OhBulan!, Anim menyatakan dia sudah bercer4i sejak awal tahun. Namun kata Anim, dia terpaksa merahsiakan berita perpisahan itu selama beberapa bulan bagi menghormati permintaan bek4s suami.

Alhamdulillah untuk dua tahun yang Allah izinkan untuk bersama dalam perkahwinan dan hadiah yang paling berharga, anak perempuan kami.

Kini, saya dan bek4s suami tidak lagi bersama. Kami sudah berpisah pada awal tahun ini. Saya terpaksa rahsiakan dulu kerana ingin menghormati banyak pihak termasuk bekas suami sampai semua reda.

Jodoh kami sampai di sini sahaja. Demi mengelakkan sebarang f1tnah, saya terpaksa buka cerita perpisahan ini.

Kalau boleh, saya tak nak langsung kongsi perkara tak best macam ini. But I have to.

Tambah Anim, 30, dia dan bek4s suami masih berkawan baik demi membesarkan puteri tunggal mereka, Yara Alanna Khalsom.

Hak penjagaan anak sepenuhnya kepada saya. Hubung4n saya dengan bek4s suami dalam keadaan baik.

Kami tidak bermusuhan. Kami sekarang co-parenting dalam membesarkan Khalsom.

Tak mudah bergelar ibu tunggal

Dalam pada itu, pemilik nama Anim Ezati Rizki Mohd Khalid mengakui tidak mudah untuk menempuh fasa sebagai ibu tunggal.

Menjadi ibu tungg4l tidak pernah mudah. Saya tabik hormat kepada semua ibu tunggal di luar sana.

Saya merasai segala pahit manis, cabaran untuk membesarkan anak tetapi saya bersyukur kerana Allah permudahkan dengan pelbagai cara. Terima kasih di atas sokongan kalian dan doa yang dititipkan selama ini.

Pada 28 Disember 2019, Anim mendirikan rumah tangga dengan Mohd Fadli Sahudin.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Yara Alanna Khalsom yang kini berusia dua tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram @anim.ezati,ohbulan

 

 

Be the first to comment on "“Terpaksa Rahsiakan Atas Permintaan..”- Pengacara Anim Ezati Dan Suami Sah Bercer4i"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*