Ramai ingat Kak Ogy nak nikah, hari ni semuanya terjawab

Pelakon, pengarah dan penerbit, Fauziah Ahmad Daud atau Kak Ogy telah jadi bualan setelah ada muatnaik status dirinya menerima satu pinangan, dan akan melakukan majlis pada minggu depan. 

Sudah tentu ramai yang tertanya apakah majlis yang bakal diadakan, adakah ianya benar atau pun sebaliknya. 

Akhirnya hari ini semuanya terjawab setelah Kak Ogy tampil menceritakan majlis berkenaan.

Kak Ogy yang kini berumur 60 tahun menyatakan sebenarnya dia bukannya kata ada majlis nikah untuk dirinya.

Lamaran dan pinangan yang dimaksudkan sebenanrya hanyalah tawaran kerja untuk satu projek teater. 

Ini penjelasan dari Kak Ogy seperti yang dilaporkan portal Mstar.  

“Ramai ingat saya nak bernikah. Saya tak cakap pun saya ni nak nikah. Apa yang saya maksudkan ialah tentang projek konsert ini yang akan diadakan pada tahun depan.”  

“Namun begitu, jikalau ramai yang dah berdoa, saya hanya aminkan sajalah.”

Kak Ogy akan terlibat dengan projek teater berjudul Pementasan Muzikal Wajah Rahsia Hati.  

Baginya, projek ini sesuatu yang agak berat dan dia pun dah buat solat istikharah agar diberi petunjuk sebelum membuat keputusan untuk menerimanya. 

“Saya mulanya telah dirisik pada tahun 2017 dan banyak kali buat solat istikharah. Mungkin ketika itu saya masih lagi belum berani dan tak ada keyakinan diri. Tanggungjawab yang diberikan pada saya ni bukannya satu benda yang mudah.” 

“Ini bukannya macam konsert biasa. Apapun saya tidak menganggap ini satu bebanan. Ada cabaran macam ni seronok juga.”

Berkenaan teater Wajah Rahsia Hati ini, ianya akan diadakan pada bulan Februari tahun 2023. 

Itulah penjelasan penuh dari Fauziah Ahmad Daud atau pun Kak Ogy tentang ura-ura dirinya dipinang, rupanya bukan pinang untuk kahwin tetapi pinangan untuk bekerja.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : NT

Be the first to comment on "Ramai ingat Kak Ogy nak nikah, hari ni semuanya terjawab"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*