Safawi Masih Menghubungi Bekas Kekasihnya? Ini Ulasan Syifa Melvin

Dengan sekali lafaz, pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) Safawi Rasid selamat bernikah dengan wanita pilihannya yang merupakan pempengaruh popular, Syifa Melvin pada 28 November lalu.

Pada majlis pernikahan berkonsepkan dalam taman tersebut, pasangan mempelai menggayakan persalinan pengantin sedondon berona ‘nude’. Majlis yang dihadiri kira-kira 300 orang tetamu terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat tersebut berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara secara tertutup.

Antara rakan selebriti yang turut hadir ialah Syatilla Melvin, Shaheizy Sam, Uyaina Arshad, Nabila Razali, Riena Diana dan Raja Syahiran.

Sebelum itu, majlis perkahwinan yang dikhabarkan sudah dihidu lebih awal oleh penyokong JDT apabila Safawi dikejutkan dengan nyanyian lagu Selamat Pengantin Baru di stadium Sultan Ibrahim, Johor Bharu baru-baru ini.

Bagaimanapun pendedahan oleh Syifa tiga tahun yang lalu pastinya masih lagi bermain di benak setiap netizen. Ini berlaku berikutan pendedahan oleh pengacara televisyen, Anim Izzati Rizki bahawa dia ketika itu sedang bercinta dengan Safawi Rashid.

Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 28 berkata perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum dan bukan sesuatu yang perlu dibanggakan.

Sebelum ini Anim yang juga bekas kekasih Safawi membuat pendedahan bahawa penyerang pasukan JDT itu masih menghubunginya biarpun kini sedang menjalinkan hubungan dengan Syifa.

Adik kepada Syatilla Melvin ini mengakui dia mengetahui tentang hal itu namun enggan mengambil peduli dan memilih untuk berdiam diri tanpa sebarang penjelasan.

“Sebenarnya, saya taknak komen apa-apa nak diamkan diri sahaja cuma saya nak cakap yang saya tahu dan saya menyedari benda ini dah lama tapi biarlah(benda itu) dan saya taknak komen apa-apa tentang hubungan saya dan Safawi”, katanya.

Sebelum itu, Anim mendedahkan kepada media bahawa hubungannya bersama pemain bola sepak Harimau Selatan itu telahpun berakhir pada Januari 2019.

Tambahnya, perpisahan tersebut bukanlah berlaku atas dasar kehadiran orang ketiga. Tegasnya, keputusan untuk memutuskan perhubungan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Terdahulu pemain bola sepak berusia 25 tahun itu pernah digosipkan mempunyai hubungan dengan Wany Khairy dan Ruhainies.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : YT

Be the first to comment on "Safawi Masih Menghubungi Bekas Kekasihnya? Ini Ulasan Syifa Melvin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*