Innalillah Kepada Ibu Chef Wan, Sama-sama Doakan Kesembuhannya!

Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan dilihat berkongsi keadaan ibunya yang dirawat di hospital selepas mengalami lengan yang bengkak akibat kanser nodus limfa (lymphoma).

Menurut Chef Wan, bengkak pada lengan ibunya itu telah memberi tekanan pada saluran darah, yang menyebabkan aliran cecair dan darah tidak dapat berjalan dengan lancar.

“Rawatan ini akan mengambil masa satu jam. Selepas ini, doktor respiratori , Aziz (Dr yang sama untuk bronkitis saya juga) kerana dia juga batuk pada waktu malam dan saya dapat mendengar dadanya sesak dengan kahak. Mungkin virus selesema saya juga telah menjangkitinya.

Saya baru sahaja discaj semalam daripada serangan bronkitis selama 4 hari. Pagi dah balik ke hospital balik.”-Tulis Chef Wan

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Dibanjiri Doa Netizen

Ruangan komen turut dibanjiri dengan doa netizen yang mendoakan agar ibu kepada Chef Wan diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

“Semoga mak DCW cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Aamin.”

“Allahuakbar…Nampak uzur Mak Ani sekarang. Chef jaga kesihatan jugak ya. Kita doa yang baik-baik je ye.”

“Will be praying for your chef and your mom. Stay positive and be strong. Everything will be fine.”

Kami  turut mendoakan agar ibu kepada Chef Wan diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Murai

Be the first to comment on "Innalillah Kepada Ibu Chef Wan, Sama-sama Doakan Kesembuhannya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*