Sempat Menyusu Bad4n 2 Minggu, Uyaina Kongsi Anak Ada Mas4lah ‘Tongue-Tie’

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, 31, bersyukur anaknya Raja Urhan, empat bulan, membesar dengan sihat meskipun bergantung susu formula kerana tidak boleh menyusu badan selepas dua minggu dilahirkan.

Uyaina berkata, Raja Urhan atau Urhan berdepan masalah lidah pendek atau ankyloglossia dan mengalami kesukaran menyusu badan sehingga terpaksa rujuk kepada beberapa doktor.

“Menyusu badan bukan untuk semua orang. Tak semua ibu diberi rezeki untuk menyusukan anak mereka. Sedih juga bila nak dingatkan. Tapi, rezeki Urhan cuma dapat menyusu badan kurang dari dua minggu sahaja.

“Ia bermula apabila kami dapati Urhan memiliki lidah pendek dalam minggu pertama lepas dia lahir. Dia ada kesukaran untuk menyusu. Bila menyusu badan saja, dia men4ngis macam kena pvkul.

“Dah jadi macam paksa susu pula. Sebab lepas dua hingga tiga kali dia menyusu, lepas itu dia akan terpaksa lepaskan. Ris4u sebab dia tak minum susu secukupnya. Kami bawa dia pergi doktor. Bawah lidah dia digvnting sedikit untuk lepaskan lidah pendek itu,” katanya.

Bagaimanapun, Urhan masih berdepan kesukaran sama dan terpaksa dibawa jumpa doktor lain. Kata Uyaina, rupa-rupanya lidah pendek itu tidak dilepaskan sepenuhnya dan perlu jalani pembed4han.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

“Doktor kata perlu b1us sepenuhnya dan bed4h Urhan untuk betul-betul faham apa sebenarnya berlaku pada lidahnya. Tapi doktor kata kena tunggu Urhan besar sedikit. Dah lebih tiga bulan baru boleh buat sebab nak pantau berat dia dulu kerana dia sangat kecil.

“Jadi sejak dari itu, saya mulai beri dia susu formula. Mula-mula campur, saya pam susu badan, tambah dengan susu formula. Siap makan ‘domperidone’ untuk tambah susu. Tapi lama-lama, susu makin kurang sebab perlu lebih sentuhan badan kot.

“Makin kurang sampai dah tak perlu pam dah. Jadi sekarang Urhan bergantung sepenuhnya susu formula. Alhamdulillah walaupun tak menyusu badan, dia semakin membesar dan sihat. Syukur,” katanya.

Uyaina mengakui isu menyusu atau tak menyusu badan ini adalah benda yang sensitif juga. Ada sesetengah ibu, anak boleh menyusu dengan baik, susu pun banyak. Ada sesetengah ibu lain pula rezekinya.

“Bila tengok orang ada susu banyak, kita akan stres. Bila kita stres, lagilah susu tak keluar. Saya cuma nak pesan, tak mengapa wahai golongan ibu. Setiap rezeki itu datang dari Tuhan. Termasuklah rezeki susu untuk anak kita. Kita dah cuba, kita dah usaha.

“Kalau masih tak ada tak apa. Yang penting anak kita sihat, membesar dengan baik. Jangan kita terlalu fikir nak bagi susu badan, tapi tak memenuhi keperluan anak kita. Selepas itu berat badan dia menurun, anak tak membesar dengan tumbesaran yang sepatutnya.

“Menyusu badan atau tidak, kita adalah ibu. Itu sudah cukup mengagumkan,” katanya.

Uyaina yang mendirikan rumah dengan penyanyi, Raja Syahiran pada 20 Disember 2021 melahirkan Urhan pada 8 September tahun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber:hm

Be the first to comment on "Sempat Menyusu Bad4n 2 Minggu, Uyaina Kongsi Anak Ada Mas4lah ‘Tongue-Tie’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*