Tular pasal wanita dapat bergambar dengan Syamsul Yusof, tak sangka ini pula komen warganet

Masih belum reda cerita tentang Syamsul Yusof kahwin dengan Ira Kazar sehinggakan isteri pertama beliau Puteri Sarah menuntut untuk berpisah kerana tidak sanggup bermadu. Kisah mereka seperti di dalam sebuah drama TV slot pukul 7 malam dan dijangkakan masih panjang. Setiap hari sudah pasti akan ada cerita cerita mengenai mereka bertiga tetapi kali ini adalah cerita Syamsul Yusof.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, dia telah berjumpa dengan Syamsul Yusof dan tidak melepaskan peluang untuk menegur sapa pengarah itu. Bukan itu sahaja, pemilik video yang dikenali sebagai Mazni turut mendedahkan dia tidak bimbang dikritik oleh orang ramai disebabkan bergambar dengan Syamsul memandangkan dirinya kini menjadi tumpuan ramai di media sosial. Jelas Mazni, kita sebagai warganet sepatutnya mendoakan agar urusan Syamsul dan isterinya dipermudahkan dan mendoakan perkara yang baik-baik sahaja.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati terhadap nasib dan dugaan yang dihadapi oleh Syamsul pada ketika ini kerana jelas di raut wajahnya kelihatan sedih namun tetap meneruskan kerjayanya sebagai seorang pengarah. Sementara itu, ramai kagum serta memuji dengan semangat yang dimiiki oleh Syamsul dan tidak melepaskan peluang mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Terdahulu, umum sedia maklum dengan isu rumah tangga yang sedang berlaku membabitkan pengarah terkenal, Syamsul Yusof bersama pelakon, Puteri Sarah sehingga menjadi tumpuan utama di media sosial pada ketika ini. Bahkan, menurut penerbit eksekutif Razor Edge Pictures, Datuk Saniboey Mohd. Ismail memaklumkan fikiran Syamsul kelihatan agak terganggu ketika di set penggambaran susulan dengan krisis rumah tangga yang dihadapinya pada ketika ini. Pun begitu, meskipun pengarah yang berusia 38 tahun itu dibelenggu masalah rumah tangga, namun dia telah dipuji ramai kerana masih komited dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai penggiat seni malah, sangat sporting dalam melayani karenah peminat.

Sumber, trendingsangat. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

sumber:  https://apampink.net/

Be the first to comment on "Tular pasal wanita dapat bergambar dengan Syamsul Yusof, tak sangka ini pula komen warganet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*