“Mama Betul Ke Ayah Kahwin Lain? Kenapa Ayah Ada Orang Lain?” – Puteri Sarah Terkedu Nak Jawab Soalan Anak

Pelakon, Puteri Sarah akui terkedu mendengar soalan anak sulungnya, Syaikhul Islam yang bertanyakan tentang status bapanya, Syamsul Yusof.

Puteri Sarah berkongsi perkara itu menerusi satu coretan di ruangan Insta Story miliknya.

Coretan itu juga mended4hkan bahawa Syaikhul turut bertanyakan sama ada bapa mereka memiliki individu lain dalam kehidupannya.

“Baru balik daripada photoshoot. Sampai-sampai rumah, Syaikhul asked me, ‘mama betul ke ayah kawin lain?’

“Sebab tu ke ayah dah lama tak balik rumah? Kenapa ayah ada orang lain? How do u answer to a 6 year old boy? I’m speechless,” tulisnya.

Dalam hantaran yang sama juga, Puteri Sarah turut memberi nasihat kepada lelaki di luar sana yang terfikir tentang poligami.

“Kepada lelaki-lelaki selfish di luar sana tu, isteri nak kena jawab apa kat anak-anak kecil ni? Nak kata, ‘ayah kawin sebab nak elak m4ksiat’. ‘Ayah ikut suruhan Allah’. Like how u answered in the video?

“Has it ever occured to you, one day nak kena jawab dekat anak? No! Hang cuma pikiaq n4fsu hang, ikut kepala hotak hang ja. Ada terpikir tak kawin lari kat Siam tu nanti anak tanya nak jawab apa?

“Lelaki-lelaki kat luar sana, sebelum nak perjuangkan konon poligami itu sunnah, belajar balik agama islam ya. Dan fikir apa consequences dia,” tegasnya.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan perc3raian dengan suami pada Isnin lalu dengan tarikh sebutan k3s permohonan c3rai bakal berlangsung pada 7 Mac depan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Permohonan c3rai tersebut difailkan mengikut sekksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

K0nflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam media sosial.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : gempak.com

 

Be the first to comment on "“Mama Betul Ke Ayah Kahwin Lain? Kenapa Ayah Ada Orang Lain?” – Puteri Sarah Terkedu Nak Jawab Soalan Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*