Rancang nak tambah anak kedua hujung tahun ni, Fazura akui hidup makin tenang dengan orang tersayang

Selebriti dan usahawan terkenal Nur Fazura mengakui dia mempunyai perancangan untuk mendapatkan cahaya mata kedua pada tahun ini. Biarpun sibuk menguruskan perniagaan dan karier seni, namun Fazura berharap dapat melahirkan zuriat kedua pada penghujung tahun. “Dalam masa setahun itu kita rasa macam lama tapi sebenarnya kejap. Jadi, sekarang saya tengah berebut masa, dengan bisnes dan InsyaAllah mudah-mudahan saya nak ada anak kedua. “Jadi, nak buka ‘kilang’ anak lagi, bisnes, berlakon lagi… InsyaAllah mudah-mudahan tercapai apa yang saya nak buat tahun ini. Kalau boleh, saya nak bersalin penghujung tahun ini.

“Tapi ini pun dah Januari, dengan akan ada filem lagi… jadi macam mana nak buka ‘kilang’ tu. Apa-apa pun semuanya daripada Allah, saya doakan semoga semuanya dimudahkan. “Perancangan Allah itu yang terbaik dan saya ikut saja. Kalau boleh saya nak anak lelaki, tapi kalau anak perempuan pun saya terima sebab itu ketentuan Allah dan saya bersyukur,” katanya. Isteri kepada aktor Fattah Amin ini juga melahirkan rasa syukur menjalani kehidupan yang tenang dan sempurna disamping suami dan anak mereka. “Alhamdulillah, saya sangat tenang sekarang. Sudah tentu saya kena pandai uruskan masa saya. Macam nak uruskan Fatima, uruskan suami dan perniagaan.

“Tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya dan saya memang aturkan jadual saya dengan baik. Sangat tenang dan sempurna walaupun ada rintangan, tetap bersyukur,” ujarnya. Untuk rekod, Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan cahaya mata pertama, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020. Sumber, Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Walaupun dah kaya tapi tetap humble, ramai yang puji sikap Fazura. Baru-baru ini, kenderaan merah jambu dinaiki selebriti popular Fazura jadi tumpuan ramai ketika menghadiri acara Nona Superwoman Award 2022 yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Seorang pengguna aplikasi TikTok, @fazura.klstokis memuat naik sebuah video memaparkan selebriti berusia 39 tahun itu menggunakan kereta Proton Perdana sebagai kenderaan rasminya ke acara tersebut. Sebelum itu, Fazura ada berkongsi satu hantaran di laman Instagram meluahkan rasa syukur dan penghargaan apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Nona Hijab Business Award.

Hantaran tersebut juga diselitkan sekeping gambar kereta Proton Perdana miliknya sekali gus turut menarik perhatian pengikut seperti di TikTok. Meninjau ruangan komen di TikTok, rata-rata memuji sikap Fazura yang merendah diri kerana masih menggunakan kereta nasional meskipun dia lebih berkemampuan bagi memiliki lebih mewah daripada itu. Klik sini untuk tengok video.

Apapun, tahniah diucapkan kepada Fazura atas pencapaian dalam anugerah berkenaan. Berjaya tanpa sebarang kontroversi, baru la peminat sayang!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :  https://apampink.net/

Be the first to comment on "Rancang nak tambah anak kedua hujung tahun ni, Fazura akui hidup makin tenang dengan orang tersayang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*